Monday, May 21, 2012

~ Ada Jugak Faedah Facebook :)

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 5/21/2012 10:54:00 PM
Reactions: 
0 report
Assalamualaikum

21 Mei 2012 = Ulangtahun kelahiran aku yang ke-22.

Well, officially 22
Alhamdulliah. Masih berkesempatan menikmati alam ciptaan-Nya.
Thanks kepada semua manusia-manusia yang wish birthday aku hari ini. Tak kira via phone, sms or facebook. Untung jugak ada facebook. Semua orang tau hari ni birthday aku. Wahhh, bajet retiss gitteww. Haha. 

Berharap sangat agar semua manusia-manusia di sekeliling hidup aku selama 22 tahun aku hidup ni senantiasa gumbira di samping aku :)




Tengokk. Sampai hati Nad bagi hadiah kek dalam gambar je. Nanti aku balik semenanjung aku tuntut kek betul-betul oke. Hahaha :D





Kalau tak wujud facebook, tak wujud jugak la wish-wish ni semua KOTTT. Terima kasih lah Incik Mark -.- Terima kasih jua kepada pemberi wish birthday gua. sayang anda ketat-ketat kemah-keming. Ahakzzz!!




Wish terbaik dari ladang gandum of corse la dari Mr. King gue. Atototo!! Tengok, sweet kan beliau. Weeee ^__^


.End.Of.Story.




Saturday, May 19, 2012

~ Hari Ini Hari Sabtu :)

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 5/19/2012 10:53:00 AM
Reactions: 
2 report

Assalamualaikum..

Hari ini hari Sabtu. Ya ya. Semua orang maklum tu -.-
Entri takde motif. Hehe :)

Have a nice day everyone.

Cop cop!
Wordless Saturday sakali lah.







Mohd Khairul Mohd Zanggi


.End.Of.Story.

Tuesday, May 15, 2012

~ Di Hukum Tanpa Kesalahan :'(

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 5/15/2012 11:05:00 PM
Reactions: 
0 report
Assalamualaikum...


Apa kata korang takde buat salah tapi tiba-tiba di jatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati??

Apa kata korang LANGSUNG tak tahu menahu tentang sesuatu tetapi tetap di gelar sebagai pesalah???

Apa kata korang tak buat apa-apa tapi di tuduh melakukan sesuatu perkara yang maha hebat??

Oke, itu adalah sangat melampau.

Stresss??
Tekanan???
Macam nak lempang lembu tepi jalan??
Huhhhh!!! Itu yang aku rasa sekarang.
Oittt, aku takde buat salah lah jangan nak hukum aku macam ni. Adui la adui la. Stress aku woiii -.-

*********************************************************************

Semalam mesej macam biasa. Mesej punya mesej sampai pukul 10.30 malam. Dia cakap nak makan dulu. So, aku cakap "oke, makan la dulu". Lepas tu aku senyap la sampai tertidur. Aku tak bagitau aku nak tidur dulu sebab aku ingat nak tunggu dia call. Yelah, biasanya pun memang dia akan call or mesej aku sebelum dia tidur. So, macam biasala aku pegang phone aku ketat-ketat. Siap letak atas dada lagi. Mana la tau kot-kot dia ada call aku kan.

Macam biasa jugak kalu dia call masa aku tidur, aku still boleh sedar lagi. Tapi, entah mana silapnya semalam, aku langsung tak terjaga padahal aku tengok ada 45 miscall dari dia. Last call dari dia dalam pukul 1.30 pagi kott. Last call tu aku terjaga, so aku angkat la phone tu. Tapi, dia senyap tak cakap apa-apa. Aku pun hairan. Lepas dia letak phone, aku tengok la phone aku tu. Aik, gila kentang putar telinga aku punya pekak. Takkan la 45 miscall tak sedar kot. Betapa tidur matinya aku kan. Lepas tu aku tengok ada 19 mesej. 18 mesej dari celcom yang mengatakan ada call dari dia. 1 mesej lagi dari dia. Oke, mesej tuh sumpah buat mata aku yang mula-mula terbuka 15 darjah terus terbuka tak ingat darjah. Sumpah weii, kalau korang kat tempat aku pun memang terkejut tahap 789 juta megawatt lah -.-

dalam mesej tu dia cakap "keluar dengan jantan MA (hari tu aku ada cerita dengan dia ada sorang MA kat klinik aku cakap dia suka aku. Suka jenis macam mana aku pun tak tau). Takpe takpe. Selagi boleh tipu. Tipu la sampai puas hati".

Ya Allah. Zaman bila weii aku keluar dengan MA tu waima lelaki lain pun. Kenapa dia tiba-tiba je tuduh aku macam tu. Seingat aku takde pulak ada adegan gaduh-gaduh sebelum aku tidur tadi. Lepas tu, aku call dia balik. Tapi dia langsung tak angkat phone bila aku call dia. Lepas tu aku mesej kenapa cakap macam tu. Tapi, mesej aku pun langsung tak dibalasnya. Haih, mati kutu aku. Sampai tertidur aku tunggu dia. Oke fine, mungkin dia dah tidur kot -.-

Sampai sekarang dia tak angkat or balas mesej aku. Pagi tadi ada la aku mesej dia " kalau free, mesej Q ek". Dalam dua jam lepas tu ada mesej masuk. Kemain happy sebab ingatkan mesej dari dia. Tapi, denggg ah. Sekali tengok skrin phone, gambar Huda pulak yang naik. Hmmpppphh!!! Bertambah lagi 600 juta megawat tension aku. Rasa macam nak hempas je phone kat dinding. Nasib baik poket tengah kering. Kalau tak memang arwah la phone aku tuh :'(

Ada la sampai beratus kot aku call dia. Tapi..... Adehhhh.. Sedih la weii bila orang tersayang aku buat aku macam tu. Sekurang-kurangnya bagitau apa salah aku oke.

*********************************************************************

Kepada satu-satunya lelaki bukan mahram aku yang paling aku SAYANG, peliss jangan buat aku macam ni. Kalau aku ada buat salah atau ada buat kau kecik hati peliss bagitau oke. Tapi, masalahnya sekarang, aku taktau sekuman pun apa salah aku. Haihhhhhh!!

p/s : Aku dah semangat gilaa usha baju tunang tup tup jadik macam ni pulak :'( Ya Allah, kalau ada jodoh antara kami berdua Kau kuatkanlah semangat kami. Aminnn.


.End.Of.Story.



 

Saturday, May 12, 2012

~ Proud To Be A Nurse??

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 5/12/2012 10:14:00 AM
Reactions: 
0 report
Aku seorang jururawat atau dalam bahasa Inggeris-nya Staffnurse atau dalam bahasa kampung-nya misi :)


I'm proud to be a NURSE??


Oke, itu soalan bukan ayat penyata.

Hurmmm... Kalau orang tanya aku soalan yang senang tahap exam budak tadika tu, mau aku fikir patnam juta kali kott. Bukan tak bangga dengan profession aku sekarang, tapi disebabkan aku TAK BERAPA minat nak jadik misi nih so kurang sikit la ke-proud-an aku tu. Huhu. Eh, dah jadi misi pun tak berapa minat lagi ke cik kak oiii??? Adusss!! Parop parop setare nim.


Haihhh!
Mengeluh -.-

Tapi tak minat-tak minat aku pun, aku ikhlas oke buat kerja ni. Kami Sedia Membantu :)

 Untung la sape-sape yang minattt sangat jadik misi ni. Share la sikit minat korang tu dengan aku weyy. Aku pun nak jadik I'm Proud To be A Nurse jugak. 

Hari ni 12 Mei 2012.
12 Mei = Nurse's Day
12 Mei = Radhwa's Birthday

So, nak dipendekkan cerita, Happy Nurse's Day untuk sekalian cik-cik dan encik-encik misi se-dunia!! Thehehe. Dear my Radhwa sayang, Happy Birthday and Happy Nurse's Day ya kawan.


.End.Of.Story.





Saturday, May 5, 2012

Scha + Awal = SchAwal ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 5/05/2012 12:02:00 AM
Reactions: 
0 report
ASSALAMUALAIKUM...

Gila kentang lenyek la Astro malam ni. 
Habis la peminat Scha dan Awal mengamuk woo.
Aiyorkk!!
Taktau taktau.
Haha.


Aku yang bukan peminat SchAwal pun terkilan jugak nih -.-


Kemain tunggu depan tv.
Last-last live-nya ke mana, siaran langsung-nya ke mana.
Arhh, tak kisah la kan.
Asalkan SchAwal berbahagia sudah.

Congrates both of you ♥








.End.Of.Story.







SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review