Friday, October 25, 2013

~Terlebih bijak ke ape -.-

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/25/2013 03:21:00 PM 0 report







Ada jugak pesen macam ni. Admin pun satu. Yang like pun satu. Yang komen pun haih lagi la satu. Ikut dan je masing-masing. Nak komen ke nak like ke cuba la pikir logik sikit. Haila haila!! Mak jemah betul memasing -.-"

posted from Bloggeroid

~ from sandakan with love ;)

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/25/2013 11:46:00 AM 0 report
Assalamualaikum.


Hari ni mc. Bosan la pulak duk umah sorang-sorang. Nak p keje macam tak larat. Nak tido rasanya dah terlebih tido dah aku rasa. Dari balik keje petang semalam membawak sampai pagi ni. Tapi mata stim nak tido je sekarang ni tapi tak tido-tido pun. Haih -.-"


Kan best kalau di kampung. Boleh manja-manja ngan K-ro. Hewhewhew. Demam rindu ke demam pembawakan budak ke entah la. Aku rasa demam pembawakan budak je ni sebab takde la rindu menggunung sangat kat k-ro. Ngeh3x.


Mungkin dah terbiasa sangat kot duk jauh dari mula-mula kapel sampai la bertunang sampai la dah kahwin ni. Dulu Terengganu-kelantan. Sekarang kelantan-sabah! Lagi la sadis T__T


Bila nak dapat transfer ni?!


By the way, Alhamdulillah. Dah pregnant 6weeks! Moga di permudahkan segala urusan hamba Mu ini ^_^

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 2, 2013

~ Mummy Pika ^_^

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/02/2013 10:42:00 PM 0 report
Assalamualaikum...


Pika tu sebenarnya nama kucing aku. Kucing yang aku culik kat flat rumah lama aku kat simsim dulu. Hehe. Culik sebab kesian tengok dia duk kat bawah tu sorang-sorang. Eh,sekor-sekor. Dah kompem takde owner terus culik bawak naik umah. See, betapa penyayang aku pada binatang. Mohon contohi saya ya. Hewhewhew. Muntah darah!




Pika yang kecik tu. Yang lagi sekor tu nama Awak. Tapi dah lari dari rumah. Sampai hati awak. Wuwuwu. Kreatip gilaa kan nama kucing-kucing aku. Haha.

Hari ni si Pika dah jadi mummy. 1st time kot tengok kucing beranak. Geli jugak la 1st time tengok pika beranak. Tengok manusia beranak tu dah tak heran dah. Huhu.

Ada ke patut, mula-mula tu dia nak beranak atas tilam aku je. Aku rasa dia tak jumpa tempat strategik kot nak beranak. Last-last, ambik keputusan nak beranak atas tilam aku. Haha. Aku tengah sedap buat taik mata lagi kot time tu.


Aku ingatkan dia saja je la sondol-sondol aku suruh bangun p mandi. Hihi. Aku celik mata sikit pastu usap-usap kepala dia sikit. Konon nak suruh dia jangan kacau aku tido la. Pastu dia mengiau kuat sikit. Aku bukak la mata balik, pastu tengok muka pika. Aik, kenapa kesian benor muka pika ni aku tengok. Pulak tu, terkangkang je duduk. Huduh benor perangai. Ikut perangai sape entah. Hahaha.

Last-last aku intai sikit. Oke fine. Pika nak beranak! I'ols panik oke. Haha. Yela, tak pernah hayat conduct kucing beranak. Cepat-cepat aku angkat pika ke tempat yang strategik sikit. Yela, takkan nak terberanak atas tilam aku pulak kan. Aku tolong jugak la usap-usap perut pika. Oh, sungguh penyayang la aku ni. Haha. Pastu keluar la sekor anak dia, pastu dua ekor, pastu tiga ekor. Pastu aku p kerja. Haha.



Muka lepas kuar sekor anak.




Tiga-tiga ekor kaler itam. Ada la sekor tu kaler oren-oren sikit. Aku nak pegang, pika tak bagi. Dasar pika kedekut.


Oke, tu je nak citer. I'ols bosan oke. Laki i'ols pegi mana ntah -.-"

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 1, 2013

~ I'm Married!

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/01/2013 03:54:00 PM 0 report
Assalamualaikum...


Tanggal 16 september hari tu, aku dah selamat jadi isteri mr.k. Hihi. Tak caya weh. Serius. Akhirnya selepas alm0st 5 years berkenalan, kami sah jadi suami isteri. Selepas segala kronologi cinta : ombak
tsunami, pastu manis-manis, pastu perang dunia, pastu rindu-rindu, pastu sayang-sayang, pastu akhirnya get married!


Tak caya sebab dia boleh tahan dengan perangai huduh aku ni. Huduh tahap mana, dia je yang tau. Ngeh3x. Terharu gilaa oke. Sobss.


Review pasal wedding,nanti la aku update (biar takde orang view blog aku pun). Susah kalau takde laptop ni. Wuwuwu T_T


Nah,teaser sikit :)


posted from Bloggeroid

Saturday, September 7, 2013

~ The Preparation : Tema

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 9/07/2013 09:17:00 AM 0 report
Assalamualaikum.

Eh eh, ada peningkatan. Entry kedua untuk hari ni. Hehe. Bagus bagus!














Oke. Aku suka gilaaa dengan kaler mint. Jadi aku wat tema sanding aku kaler mint. Tapi susah ya amat nak cari barang yang betul-betul kaler mint. Search google pun tak banyak malay wedding guna colour thema macam ni.

Konon nak buat lain dari orang lain. Kita tengok je la nanti. Harap-harap menjadi kenyataan la tema wedding aku nanti.

posted from Bloggeroid

~ I'm Bride To Be <3

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 9/07/2013 09:00:00 AM 0 report
Assalamualaikum.

Yes,i'm bride-to-be. Lagi 9 hari. Hihi. Macam tak percaya nak jadi isteri orang dah. Harap-harap segala persiapan dipermudahkan.


The preparation.
Sebenarnye start aku pegang tittle tunang orang sampai la ni, hari-hari aku google pasal wedding. Sampai juling mata aku nengok screen handphone. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Hihi. Betapa excited nak jadi isteri orang.

Memang banyak la idea aku dapat dari google, group bride to be(malaysia)-fb search. Mucho gracias. Hehe.

Niat di hati nak diy semua tapi apakan daya setelah ditimbangtara,ke-malas-an menang tipis berbanding ke-rajin-an gua. Eh, tapi ada jugak la sikit-sikit yang aku diy. Ada la jugak dari tangan pengantin kan walaupun takde la ohsem sangat pun.

Disebabkan aku ni anak perantauan,nak buat preparation pun macam tersekat-sekat je. Sedih! Wuwuwu. Nak cari barang-barang kahwin taktau kat mana. Lagipun takde transport nak g usha. Double sedih :'(

Nasib baik family dan kawan-kawan banyak tolong. Ada satu kawan tu, dia kata aku ni terlampau relaks buat preparation kahwin. Pastu cakap, aku buat preparation tak mintak tolong dengan dia. Haila kawan, kau tak pernah tanya pun pasal preparation wedding aku, aku nak mintak pendapat kau pun was-was. Tapi bagi aku kalau betul-betul nak tolong, tak payah tunggu aku bagitau. Kau just tanya "apa yang belum setel,meh aku tolong cari".

Hurm, takpe la. Aku ada ramai lagi kawan yang sudi share dan bagi pendapat. Bukan kawan setakat "aku pulak excited kau nak kawin". Eh, ter-membebel pulak pagi-pagi ni. Hihihi. Emosi sangat katanya.



posted from Bloggeroid

Tuesday, September 3, 2013

~ Senyap tidak beerti melupakan :)

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 9/03/2013 09:35:00 PM 0 report
Assalamualaikum.

Perh,super rindu sama ini bl0g. Lama gilaa tak update entry baru. Biar la takde orang nak view pun. Wiwiwi. Niat nak update new entry hanya setakat janji manis di tepi otak. Last2, log in blogspot pun idok. Apatah lagi nak update entry.

Ehem ehem,ada orang nak bagi hadiah laptop kat kite tak? Hihi. Lappy kite rosak la wak. Insyaallah kalau ada orang bagi laptop, ada la makin banyak sifat kerajinan dalam diri ini. Ewah, kemain skema ayat.





Kita tengah counting days to my big day. Sangat nervous. Eh tak. Excited nak dapat suami. Eh eh. Haha. Mengarut sudah ;)

posted from Bloggeroid

Thursday, June 27, 2013

~ Hai Awakk !!

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 6/27/2013 11:33:00 AM 0 report

Assalamualaikum..


Gila ah gila ah !!!



Berzaman tak sentuh blog. Manyak rindu nak blogging. Nanti la aku update apa yang patut. Banyaaakkk sangat nak update sebenornye. Yang paling banyak pasal preparation ai nak kahwin la. Hihihi.


Oke la, byeeee ^_^


.End.Of.Story.

Monday, November 26, 2012

~ Percubaan Pertama ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/26/2012 10:23:00 PM 0 report
Assalamualaikum..


Malam ni i'olls is RAJIN sangat. Tetiba terfikir nak buat bunga 3D. Ngam-ngam jumpa satu belog ni yang buat tutorial pasal bunga 3D ni. Tak lama lagi kan i'olls nak kahwin. So, mencubakan diri untuk men-do-it-self-kan segala barang-barang kahwin. I'olls rasa macam tak sabar nak kahwin pulak. Huahuahua!



Tak sangka tangan aku ada seni ^_^





Kita guna aje kain lebihan yang di buat baju. Aku guna kain shiffon ^_^




Buat bulat-bulat yang tak berapa nak bulat tu yer ^_^



Kita gunting sampai jadi macam ni. Sakit pinggang i'olls tau ^_^




Tarrraaa!!!!



Berseni jugak jari-jemari aku yang tak berapa nak runcing ni ^_^


Nak buat banyak-banyak la ^_^. Oke, bye u'olls 


Mau tutorial? 
klik SINI



.End.Of.Story.

Saturday, November 24, 2012

2nd Anniversary GIVEAWAY by SHxoxo

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/24/2012 09:07:00 PM 0 report







hadiah adalah seperti berikut:-


1) Oversized Crumple Shawl
2) Aquamarine Shawl
3) Mustard Pastel Shawl
4) Blue Pastel Shawl
5) Statement Collar Necklace
6) Sheseido Masker




p/s : jom join ramai-ramai. Mana tau ada tuah boleh hadiah ^_^


.End.Of.Story.

Friday, November 23, 2012

Contest : I Choose To Wear Hijab!

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/23/2012 10:46:00 PM 2 report
Assalamualaikum..

Lama dah tak join kontest montest segala. Tengok kontest ni cambest jugak. Hadiah pun lumayan. Saje je nak try. Menang ke tidok terpulang la ^__^







   

Ini nahh. Gambar yang tak seberapa ^__^






Tarikh tutup 7 Disember 2012. So, sempat lagi kalau nak join. Oke bye!


p/s : Berusaha untuk memakai hijab dengan lebih baik. INSYAALLAH :)



.End.Of.Story.


Wednesday, November 21, 2012

~ Bah.. Kita Tengok La Macam Mana

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/21/2012 09:33:00 PM 0 report

Assalamualaikum..


Ehemm! Siap ada cop bagai. Curlass kau anim ^_^


Auwwww!
Barang dari jauh dah sampai ke bumi Sandakan petang tadi. Dari Terengganu oke.













Ini nah. Hotsetaff sekarang. Felinna Beauty Inch Loss Lotion nama mende alah ni. Mahu kurangkan inci di badan. Makin gemuk sudah ni :'(  Bah, mari la kita try sapu dulu. Tengok menjadi ke tidok ^__^

 


Tengok, kaler PINK lagi. Harummm tau :)



p/s : Eh, sape-sape nak tau lebih lanjut pasal lotion ni boleh pm kawan aku oke.





.End.Of.Story.

Saturday, November 17, 2012

~ Trip To Kundasang : Kiram's Village Cabin ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/17/2012 08:50:00 PM 0 report

Assalamualaikum ♥

♥♥♥♥♥♥♥



Line celcom broadband di Sim sim dah oke. Woha! (Oh, terjangkit dengan sindrom abang kereta mayat). Boleh hapdet belog laju-laju. Dah masam entry ni terperuk. Cerita dah basi pun -.-'' Tapi, tadehal. Meh kite hapdet jugak ^_^



EHEM!!
ENTRY BANYAK GAMBAR ^_^






Entry nih sambungan dari entry ni sebenarnya. Tempat kami mula-mula jejak di Kundasang. Ohh, that lovely place. Tempat ni jauuhhh sikit la dari hotel yang lain. Atas sikit dari Cattle's Dairy Farm. Berbaloi sangat sangat menginap kat sini walaupun masuk jauhh sikit. Kami sampai-sampai dah gelap time tu. dalam jam 6 jugak la kot. Dengan hujan lagi. Berkabus giler. Sejuk giler. Dannnn lapar giler. Hewhewhew.



Jenis bukan penyabor. Time sampai, time tu jugak la nak snap :)


Kami dah sampai. Anda bila lagi :D


Kami sewa 2 bilik yang range harga RM90/night/room. Dalam bilik tu ada 1 katil queen dan satu katil single. Oke la tu, nak tidur je kan. Bilik untuk family pun ada jugak. Siap ada tempat untuk memasak lagi. Aku pun tak sure la range harga dia berapa. Kalau tak silap aku, ada 6 buah la semua sekali. Wifi pun disediakan jugak. Lepas tu, dalam bilik ada jugak heater. Tapi water heater dalam bilik aku tak berfungsi pun :( Serius beku dulu otak sebelum habis mandi. Lepas check in, rehat kejap dalam bilik. Lepas tu plan nak g makan. Laporrr. Kami plan makan kat luar. Tapi kat Kiram pun ada cafe jugak. Siap ada menu lagi tertampal kat dalam bilik. Just order je. 



Sibuk nak up status kat fb, bagitau satu fb dah selamat sampai kat Kiram :)


Sangat berkabus. Plus hujan rintik-rintik. Feeling ada salji pun bolah jugak. haha :D


Ini nahh. Bilik kami. Tengok nama bilik pun dah unik :)


Berharap sangat keesokan harinya tak hujan. Mau ambik gambar banyak-banyak. Dan Alhamdulillah, tak hujan dan cuaca pun elok je. Owh, i loike ♥



Bangun tidur, terus terkam pintu. Belum basuh muka, gosok gigi pun belum, taik mata pun ada lagi. Tak senonoh perangai. Nak tengok matahari terbit katenye :)


                             










sekitar kiram's village ♥

kucing di kiram's village yang comell. Gatal tangan nak bawak balik ke sandakan. Muahaha






Ehemmm. Ini rumah idaman saya. Hikhikhik. Verangan je lebih. Tapi, kalau jadik kenyataan kan best kan.


Kiram's Village Cabin --> blog

p/s : next entry --> Mesilau Nature Park ♥



.End.Of.Story.



Thursday, November 8, 2012

~ Macam Sedap ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/08/2012 10:28:00 PM 2 report
Assalamualaikum...







Nyummyyy!!

Memperkenalkan durian crepe. Nampak enak woah. Mau satu peliss ^_^


Mau resepi klik sini.


.End.Of.Story.

Sunday, October 28, 2012

~ Trip To Kundasang ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/28/2012 12:07:00 AM 0 report
Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Saya beraya di Sandakan. Mak oke je ^_^


Oke, pendahuluan tak perlu panjang-panjang. Kita terus masuk ke isi penting pertama. Cewahh!

Yess, sabtu lepas kami ber-enam telah menjayakan diri masing-masing untuk menjelajah KUNDASANG. Yess, Kundasang. Oh, tak perlu ulang untuk kali ketiga untuk tanda ke-ekcited-an. Omnomnom, sangat suka Kundasang. Tak sangka plan last minit jugak yang menjadi. Tapi memang kebiasaan, plan last minit memang menjadi. Ye dak?


Dua orang staff klinik (Cip Nuhaimin & Pakcik Jais) jadi mangsa untuk bawak kami ke sana. Hee, thanx banyak-banyak.Lain kali boleh plan trip lain pulak yer. Plan asal, sister pun join jugak trip ni. Tapi, last-last minit beliau kena attend satu kursus hape-ntah kat hospital (HDOK). Babai sister. Kuikuikui ^_^




Tourist guide kami :)


Senyum meleret :)

Kami bertolak hari Sabtu dalam pukul 1 lebih. Ingatkan nak bertolak awal pagi tapi tourist guide kami yang berdua tu ada hal pulak pagi tu, ada game badminton anjuran klinik kot. Takpe, kita layankan aje. Asalkan sampai ke destinasi. Pagi tu pulak memang dari awal pagi sampai la masa kiteorang bertolak memang hujan. Risau sangat kalau-kalau trip ni batal. Huu, aku dah la eksaited habis dah ni. Alhamdulillah, berjalan lancar jugak perjalanan kami :)





1st of all, hantar budak tecik ni dulu kat umah papa angkat dia.



Yeayy!! Trip bermula.



Heading to Kiram's Village Cabin. Ohh, lovely place. Nantikan next entry ^__^






.End.Of.Story.
SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review