Showing posts with label .cik misi. Show all posts
Showing posts with label .cik misi. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

~ Saya Tak Paham Melayu Oooo! -.-

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 6/23/2012 03:41:00 PM 0 report
"Oke auntie aa, kita ambil gambar mata ni nak tengok la sama ada kencing manis tu sudah masuk ka mata ka belum ka aaa".

"Haiiyyyoooo!!! saya tak paham melayu oooo".


Okeee, faingggg auntie faingg -.-

Kalau la 10 orang patients macam ni setiap hari, harus pengsan aku. Aku dahla tak boleh berbahasa Sabah dengan baik lagi, ni tambah lagi dengan untie/uncle yang tak paham bahasa melayu. Betul la, susah kalau cakap dengan orang tak paham bahasa. Bikin gua yang comel ni tension je la awal-awal pagi. 

Nasib baik la, setiap hari khamis ada sorang farmasi share bilik dengan aku. Boleh la dia tolong translate BM ke cina. Haha. Dia pun gelakkan aku sebab tengok muka ketat aku. Gua tak tension oke cuma gua geram sikit je. Hehe. Tapi, lepas ni dia tak boleh jadi translator aku dah sebab dia dah tukar semenanjung. Babai, selamat pulang ke semenanjung. Aku jugak masih kat sini. Uhukk :'(

Tak boleh ke kerajaan Malaysia wajibkan setiap warga Malaysia pandai berbahasa melayu. Tak pandai cakap melayu pun, paham apa yang aku cakap aku dah puas hati. Hehe. Gua tak kesah sangat pun. Susah la nak cakap dengan patients cina kalau tak paham apa yang aku kabo. Kang lain aku kabo, lain dia paham. Nanti ape apehal, aku jugak yang salah. Sabor je la -.-


" Haiiyooo, saya tak paham melayu oooo".


Nak je aku cakap "Aik, tu boleh pulak auntie cakap melayu". Ataupun, "Saya pun tak paham cina ooo". Haha, kurang ajar sangat kalau cakap dengan patients aku macam tu. Ke boleh je aku cakap macam tu?? Kang patients report aku mulut kurang ajar mampus aku. Haha. Tak payah nak cari penyakit yang takde Cik Nurul Farihan oiii.




Hurmmm, tetiba rasa nak belajar cina. 


"Haiyoo, saya tak paham melayu ooo".

"Wo aini, auntie".

Agak-agak apa auntie tu nak jawab kalau aku cakap macam tu?? Hahahaha :)



.End.Of.Story.


Saturday, May 12, 2012

~ Proud To Be A Nurse??

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 5/12/2012 10:14:00 AM 0 report
Aku seorang jururawat atau dalam bahasa Inggeris-nya Staffnurse atau dalam bahasa kampung-nya misi :)


I'm proud to be a NURSE??


Oke, itu soalan bukan ayat penyata.

Hurmmm... Kalau orang tanya aku soalan yang senang tahap exam budak tadika tu, mau aku fikir patnam juta kali kott. Bukan tak bangga dengan profession aku sekarang, tapi disebabkan aku TAK BERAPA minat nak jadik misi nih so kurang sikit la ke-proud-an aku tu. Huhu. Eh, dah jadi misi pun tak berapa minat lagi ke cik kak oiii??? Adusss!! Parop parop setare nim.


Haihhh!
Mengeluh -.-

Tapi tak minat-tak minat aku pun, aku ikhlas oke buat kerja ni. Kami Sedia Membantu :)

 Untung la sape-sape yang minattt sangat jadik misi ni. Share la sikit minat korang tu dengan aku weyy. Aku pun nak jadik I'm Proud To be A Nurse jugak. 

Hari ni 12 Mei 2012.
12 Mei = Nurse's Day ♥
12 Mei = Radhwa's Birthday ♥

So, nak dipendekkan cerita, Happy Nurse's Day untuk sekalian cik-cik dan encik-encik misi se-dunia!! Thehehe. Dear my Radhwa sayang, Happy Birthday and Happy Nurse's Day ya kawan.


.End.Of.Story.





Monday, April 2, 2012

~ mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ^__^

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/02/2012 05:28:00 PM 2 report
Hari ni lapor diri di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah.

Masuk dewan dengar taklimat bagai barulah di beritahu tempat posting. Aku dapat PKK Sandakan. So, kena usha tiket untuk ke Sandakan sebab esok di wajibkan lapor diri di tempat masing-masing. Nasib baik bukan pergi sorang-sorang. Aku dengan 4 orang budak-budak KKNC kena lapor diri di PPK Sandakan, cume tak tahu akan di campak kemana lagi. Samaada still bersama atau akan berpisah. Huwaaa, haru kalau macam tu. Mudah-mudahan ada jugak teman aku nanti. Aminn :)

cik misi yang gojess walaupun risau tentang perihal lapor diri :)



gudd luck u oll's. big hug!

.End.Of.Story.





Sunday, April 1, 2012

~ aku tak percaya :'(

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/01/2012 08:09:00 PM 1 report


Currently at Penampang, Sabah.


*********************************************************

Gambar-gambar kat bawah ni kat LCCT. Mak, ayah, mak saudara,ayah saudara aku p hantar aku kat LCCT. 30 haribulan dah bertolak ke Shah Alam ke rumah ayah saudara aku kat Kota Kemuning. Tidur umah beliau untuk satu malam sebelum naik flight keesokan paginya.

Pagi 31/03/2012, dalam pukul 9.30 am bertolak ke LCCT. Setengah jam jugak kot dari rumah ayah saudara aku ke LCCT. Budak-budak lain yang naik flight dari Kuala Terengganu pun dah ada kat sana. Kira-kira 17 orang budak-budak KKNC naik flight sekali dengan aku. Yang lain ada family yang hantar sampai Sabah.


Dari kiri : yu comell, che' ngoh, amar busuk, my mum :)


Amar busukk mengada-ngada suruh aku snap gambar beliau melakukan peace yaww sambil tersengih tak malu. haha

Yang lelaki tuh bapak sedara aku yang duk Shah Alam tu. Yang dua orang gadis comel di belakang tu anak-anak bapak saudara aku bersamaan sepupu-sepupu aku :)



Dari kiri : my dad, yu comell, my mum, my aunt. Depan : Amar busukk !

Masa ni dah start sebak. Haiyoh! Malu kat orang ramai. Kan dah gagal jadik taff :'(

Aku sendiri pun tak paham kenapa aku boleh nangis hari tu. Padahal, selama ni aku paling payah nak nangis depan orang ramai. Mungkin sebelum tu aku tengok ada family India kat belakang aku buat drama airmata, berpeluk-pelukan sambil nangis. Eleh, lagi nak salahkan orang lain padahal diri sendiri pun rasa sebak nak pergi jauh. Walaupun Sabah tetap dalam Malaysia, still jauh oke. Hmmpphh!


******************************************************************


Waaa, tak percaya weii sekarang ni aku di Sabah. Macam mimpi je la. Sumpah tak sangka aku dah jejakkan kaki di Sabah. Huwarghh! Tak dapat nak adapt lagi dengan suasana kat sini. Pukul 6.30 pm dah start nak gelap. Pukul 8.30 pm aku rasa dah macam pukul 11 pm -.-

Dari kiri : syida. hayu, yu comell. kehkehkeh :)




cik misi

dari kiri : syida, ema, aina, kak wani :)


Pening kepala sebab ada problem tempat tinggal. nasib baik ade jumpa hotel. Pakcik 2 orang kat belakang tu bertanggungjawab jemput kiteorang kat airport. Thanx ya pakcik!

Sekarang menginap di D'princess Hotel, Penampang sementara tunggu lapor diri esok.

Macam mana la kehidupan aku kat sini nanti. Harap-harap semua urusan aku dan kawan-kawan di sini dipermudahkan oleh-Nya. Aminn.

Good luck untuk semua kawan-kawan yang akan lapor diri pada 2 April 2012 di tempat lapor diri masing-masing terutama budak-budak KKNC. Big hug! Love you guyss ^__^


.End.Of.Story.






SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review