Assalamualaikum.
Yeah! Update belog dengan jayanya hari ini. Entry ke-dua tuk hari ni. Tapi, entry ni banyak gambar sikit la. Oke, sikit je :)
Alkisah.
Kejadian dua minggu lepas ataupun 14 hari lepas. Nonton gambar barang sekeping dua keping dulu yuk. Hehehe.
Lokasi : Rainforest Discovery Centre, Sandakan.
Bayaran masuk : Rm 5/person.
Catatan : Nak pergi sini kena rajin sikit. Kena rajin berjalan. Tempat ni macam berbukit-bukit camtu. Lepas tu ada jambatan gantung. Cantik bangett! Tempat dia cantik so boleh la kita ambil gambar cantik cantik. Psstt... kalau tempat tak cantik pun kalau dah ada cik Nurul Farihan, gambar pun boleh jadi cantik. Bhahaha. Maafkan hamba, ter-melalut ke laut. Kuikuikui. Aku pun tak habis pusing pun tampat tu sebenarnya. Mak tak larat. Tempat ni besar oke. Nak mai sini tak payah nak pakai heels sangat la. Kang tak pasal pasal terpele'ot kaki kau tu. Cuma yang tak best sikit tempat solat dia tu. Dah la ambik wuduk kat toilet, lepas tu tempat solat kena share lelaki/perempuan. Tak selesa oke. Sila perbaiki mutu keunggulan anda. Aicehh. Heee :)
Lokasi : Sepilok, Orang Utan Rehabilitation Centre.
Bayaran masuk : Rm 5/person (tak berbaloi langsung bayar 5 ringgit)
Catatan : Tempat ni dekat je dengan Rainforest tadi tuh. Berjiran jer. Masa makan orang utan ni pukul 10 pagi sekali, pukul 3 petang sekali. Aku pergi ngam-ngam time waktu makan dia pukul 3 petang. Puluh-puluh ekor jugak la orang utan kat sini. Macam-macam nama. Bagi aku, merugikan je datang sini. Hehe. Sebab lembap sangat nak tunggu orang utan tu keluar. Dah la, sekor je orang utan yang sudi keluar time aku pergi hari tu. Sampai hati betei beliau and da geng ndak mau jumpa kami. Dah. Aku marajuk dah nak datang sini lagi. Tak berbaloi oke. Akak kaunter, mohon mintak balik RM4.50 kami. Bhahaha, sungguh berkira oke.
.End.Of.Story.