Sunday, February 26, 2012

~ mesej kau buat aku rasa nak melompat tahu?

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/26/2012 07:20:00 PM
Reactions: 
3 report
Masa : 6.14 pm - 6.26 pm
Hari : Hari ni la gilerr =.=

Trett trett ! Bukan bunyi aku kentut oke. Tu bunyi mesej masuk. Maknanya, ada orang mesej aku la tu. Heh! Tengok skrin, terpampang nama Diniey. Diniey mana? Alah, Diniey yang ni :)


meet my Diniey :)

Diniey : Yu, bajet g pulau berapa ratus??
Yu comey : Taktau lagi. Tak tanye pun lagi member aku. Dah, nak duk sana berapa hari? Ke nak berkhemah je kat nu? haha (motif aku gelak aku pun tak sure. Ada aura eksaited kutt)
Diniey : Baru ni g berapa hari? Hehehe. Eksaited rasa. Haha (Oke, aku tahu kau kompem-kompem lagi eksaited dari aku kan. Haha)
Yu comey : Haha. Aku g sehari je. Pergi pagi balik petang. Tambang bot RM40. Harga chalet je taktau.
Diniey : Owh, best la. Mung nak berkhemah ke duk chalet?
Yu comey : Khemah ayah aku ada sutir (baca : sebuah). Pahtu wat unggun api malam tu. Wat BBQ ke. Save dah duit chalet owp. Dap er dap er. Haha. (part unggun api tu pengaruh dari tv la ni =.=) 
Diniey : Dap! Dap! hehehe. Kita g 4 orang je ke?
Yu comey : Dop tahu. Tanya  Mek Nad. Lagi ramai lagi best kot. Tapi, hok sepala la. Dua pala aku toksey ajop. Haha. (Tak paham bahasa Terengganu, nasib la. aku malas nak translate. Kahkahkah)
Diniey : Hahaha. Aku setuju. Sokong sokong!
Yu comey : Haha. Bereh bereh!


Secara tidak langsung, satu plan telah tercipta. Oh yeahh! Haha. Plan ni pun ekoran aku upload gambar kat facebook pasal aku p Pulau Kapas hari jumaat lepas. Rujuk entry ini oke. Pagi tadi pun si Nad dah mesej aku pasal hal plan ke Pulau Kapas bulan depan. Pastikan jadi oke sayang-sayangku. Kalau tak jadi, aku nak merajuk satu minggu ^__^


.End.Of.Story.



i love being awesome contest

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/26/2012 03:27:00 PM
Reactions: 
1 report
Assalamualaikum..

http://kitaawesome.blogspot.com/2012/01/contest-i-love-being-awesome.html


Cik Tiq jemput aku join contest beliau. I LOVE BEING AWESOME. Tulah tajuk contest beliau. Haa, apa lagi. Jomm la join ramai-ramai. Bak kata cik Tiq, semua lapisan masyarakat boleh join. Lagi ramai lagi meriah kan Cik Tiq kan. Klik je link kat banner kat atas ni. Anyway thanx invite saya untuk join contest ni ^__^


.End.Of.Story.



~ Holiday walaupun sehari cuma ~

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/26/2012 03:16:00 PM
Reactions: 
1 report
Assalamualaikum...

Peristiwa berlaku hari jumaat yang lepas ^__^

gambar tak nampak muka.. bijak bijak.

Ce teka ce teka aku p mana. Tak payah nak teka sangat la kan. Huuu. Oke, meh nak start cerita. Al-kisahnya, hari jumaat lepas yakni 24 Februari 2012 aku pergi ke Pulau Kapas. First time oke aku sampai sana. Nama je anak jati Terengganu, umur 22 tahun baru dapat jejak Pulau Kapas. Alhamdulillah, sampai jugak walaupun lambat sikit kan :)

Aku pergi sana pun sebab member aku, Anis yang ajak. Thanx yer Anis ajak aku join kau dan Amalina serta husband dia. Sebenarnya aku and the geng plan nak p cameron hari tu, tapi plan tu tak jadi sebab masing-masing ada kerja. Nasib baik Anis mesej aku ajak p Pulau Kapas. Yeayy !

Plan asal nak bertolak dari umah Anis pukul 7.30 am. Tapi, tayar kereta husband Amalina pulak pecah masa nak jemput aku dan Anis. 2 jam tunggu ayah mertua Amalina ambil kiteorang dari Marang. Dalam pukul 10.30 baru sampai kat jeti P.Kapas (Marang). Aku dah over excited walaupun just nampak bot. Belum nampak pulau lagi. Haha. Kanak-kanak riang betul.

Lepas bayar tambang bot RM40 seorang (pergi dan balik), kiteorang teruskan perjalanan ke pulau. 15 minit jugak aku rasa perjalanan antara jeti Marang ke pulau tu.


dah sampai. senyum sampai telinga !








Cantik kan pemandangan. Serius tenang fikiran duk lepak kat sana. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang terbaik dari pulau lah ^__^



Aku bawak bekal sandwich. Mak aku yang buatkan sebab mak aku tahu anak dara dia nan seorang ni memang tak boleh di harap kalau bab-bab bangun pagi. 



maap ! gambar senget. malas nak rotate. haha :0



Kiteorang bertolak balik dalam pukul 3.30 pm camtu. Sebelum balik umah, lepak rumah Amalina sekejap. Rumah dia kat tepi pantai, best woo!


.End.Of.Story.

Wednesday, February 22, 2012

SEGMEN : Jom blogwalking + Follow

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/22/2012 12:25:00 AM
Reactions: 
10 report
Assalamualaikum...

Aku ada satu segmen yang tiptop bigbang punye. Eh, apahal bigbang pulak sesat kat sini. Kalau tak merapu meraban memang tak sah la aku ni. Aigooo. Maap maap, dah tabiat saya. Heee ^__^


http://sunnyxandra.blogspot.com/2012/02/segmen-jom-blogwalking-follow.html



Aku di-tag oleh budak Nad ni untuk join segmen ni. Nampak sangat kau selalu ingat kat aku kan. Hahaha. Nama segmen ni macam yang korang nampak dalam banner kat atas ni. Klik je kat banner kat atas ni untuk ke blog si comel Sandra.

By the way, sesiapa yang sudi singgah kat blog Love.Pray.Remember ni, terima kasih daun keladi aku ucapkan. Sesiapa yang sudi follow, thanx a lot darlings. Hehe. Aku pun akan sedaya upaya jenguk blog kalian. Line internet kat umah aku ni jeles sangat dengan aku. Nak log in blog pun terkedek-kedek je. Haih!


NAK TAG :
2) Nyrah  
3) Moshie

.End.Of.Story.


Monday, February 20, 2012

~ Berambut panjang itu ayu.

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/20/2012 07:00:00 PM
Reactions: 
2 report
Assalamualaikum..




Aku nak sangat style rambut nombor 9 tu. Cantik! Kalau rambut aku macam tuh mesti cun. Kahkahkah. Kidding. Tapi kalau betul pun apa salahnya. Aku suka tengok perempuan rambut panjang + lebat. Perempuan rambut pendek pun comel jugak. Sebelum dua tahun lepas, aku tak pernah berambut panjang. Asal rambut panjang sikit, nak potong. Asal rambut dah cecah bahu, nak potong. Tak perempuan-ayu langsung kan. Kuikuikui. Eleh, sekarang nak kata kau perempuan-ayu la sebab rambut kau dah panjang?? Cettpodahh! haha.

Aku simpan rambut panjang pun sebab aku jeles tengok kawan-kawan aku rambut panjang. Contoh terdekat, si Nad nih. Kiranya si Nad ni sumber inspirasi aku la untuk berambut panjang. Ceaaa, banyak la kau sumber inspirasi. Haha. Dulu rambut dia panjang. Dulu la, sekarang dah pendek. Tapi, tetap comel. Kalau orangnya dah comel, rambut style apa pun padan je kan. Eh, malas aku nak puji-puji minah ni lelebih. Kang kembang lubang hidung beliau kan. Haha.

Well, bertudung tak membataskan seseorang tu untuk mempunyai style rambut yang diidamkan. Cuma, rambut tu bukan untuk tontonan orang ramai. Tak payah cakap banyak, semua pun tahu kan rambut tu aurat, wajib ditutup. Perempuan bertudung pun masti jaga rambut supaya sihat dan cantik. 

Dulu. Dulu la, aku pernah jugak tak pakai tudung time keluar nak pergi mana-mana. Hurmm, lama la jugak kot. Tapi, seseorang dah sedarkan aku. Thanx pada seseorang tu ^__^. Sekarang, dah bertudung.

P/S : Ehem-ehem. Mai la sponsor barang seratus-dua ratus ringgit. Nak buat treatment rambut ni. Takde duit sebab tengah mengganggur. Uhuk !


.End.Of.Story.


~ Barang baru !

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/20/2012 06:22:00 PM
Reactions: 
0 report
Assalamualaikum..

Yeay ! Berjaya jugak carik template baru. Walaupun line internet kat rumah aku lajunya berkuasa siput sedut, boleh jugak tukar template. Yang aku hairan, pink lagi tuh. Haha.Takpe la, sekali sekala. Biasalah, aku kan rajinnya berkali-kali ganda. 

Tengok tengok. Oke ke tak oke? Ke lagi cantik yang sebelum ni?? Ke korang langsung tak perasan?? Huu, kecik hati aku tau. Haha, sokeyh. Tak kesah pun. Kalau ada yang perasan perubahan blog ni, terima kasih daun keladi atas keprihatinan anda. Ceh, tetiba je kan. Haha.

Katanya bakal adik ipar aku (haha, bakal tak tahan tuh), template yang sebelum ni lagi comel. Aku pun rasa macam tu jugak. Bukan aku nak kata template ni tak cantik, cuma aku tengok macam serabut sikit kan. Takpe-takpe, lain kali aku pilih template lain pulak.


.End.Of.Story.




Sunday, February 19, 2012

~ sudah berdaftar ~

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/19/2012 04:20:00 PM
Reactions: 
0 report
Assalamualaikum...

button Jururawat Berdaftar Malaysia yang tertera nombor  pendaftaran


Tahniah kepada diri sendiri sebab
dah jadi jururawat berdaftar.
Tahniah jugak kepada
semua pelatih Group 1/2009.
Lepas ni just tunggu surat posting je lah.
Taktau sama ada cepat atau lambat.
Cepat alhamdulillah.
Lambat pun aku redha je lah
^__^


Errr, maaf la. Aku takde camera besar gedabak macam kau sebab tu lah gambar tuh blur jer. Kesian kan. Alah, langsung wa tak kesah la. Hihihi.


.End.Of.Story.

Sunday, February 12, 2012

~ setelah 64 hari....

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/12/2012 01:01:00 AM
Reactions: 
2 report
Assalamualaikum.

Hari ni 12.02.2012. Aku bukannya golongan yang taksub terhadap tarikh-tarikh cantik. Tak-tak. Aku cuma nak bagitau, dah 64 hari aku duk umah. Bercuti sambil menunggu surat posting sampai. Bosan tahu bilamana setiap orang yang aku jumpa tanya perkara yang sama.


" bila dapat keje?? "
" eh, lamanya cuti. Bila tau result posting "


Bila-bila-bila. Heh, bosan aku dengar soalan yang sama. Kat page group batch aku pun dua-kali-lima je. Time orang bagi cuti ni, cuti la puas-puas kan. Bila dah masuk kerja mula la menangis-nangis nak cuti. So, gunakan lah masa cuti ni baik-baik yer sayang-sayang semua.

p/s : Baru nak buat lesen motor dan kereta. Loser pun ade jugak rasa bila masa ni baru nak buat. Haha ;)


.End.Of.Story.

~ jantungku lari lintang-pukang bilamana....

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/12/2012 12:40:00 AM
Reactions: 
2 report
Jantungku lari lintang-pukang
bilamana aku bersua kali pertama dengan kau.
Hurmmm, entah la labu.
Aku pun taktau kenapa simptom sebegitu terjadi pada aku.
Aku pun tak pasti apakah itu adalah sign and simptom
untuk sebarang penyakit berbahaya.
Haih, aku bimbang.
Haha.

Jantungku lari lintang-pukang lagi
bilamana kau begitu ambil berat pasal aku.
Aku yang tengah stress waktu itu
memikirkan mamat 'bangla' yang try meng'edjas' aku
agak terharu di atas keprihatinan kau.
Ouh, terima kasih sejuta kali aku ucapkan.
Nah, hadiah untuk kau.
Mmmuahhh!

Jantungku terus lari lintang-pukang
bilamana kau menyunting aku
sebagai awekmu yang sah
walaupun aku kira baru 3 hari tempoh perkenalan kita.
Wah, bahagia kemain lagi aku rasa.
Rasa semacam dunia ni aku yang punya.



*******************************************************************************


Haih ! Dah lama tak rasa perasaan tu. Perasaan di mana jantung aku lari lintang-pukang-tak-tentu-arah. Rindu la wehh perasaan tu. Dah 3 tahun lebih berlalu kan. Tapi, kau jangan bimbang sebab aku masih sayang kau macam dulu. And you know what, sayang aku pada kau semain bertambah dari sehari ke sehari.Boleh kau buat lagi macam tu? aku taknak orang lain. Hanya kau sayang !



.End.Of.Story.



SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review