Saturday, April 28, 2012

~ I Miss Them SO BADLY ♥♥♥!!

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/28/2012 10:54:00 PM
Reactions: 
0 report
Sila tengok tajuk entry baik-baik

Yeah! SO BADLY.. Oke, bilamana caps lock bertemu tiga buah love comel bermakna aku sangat sangat maksudkannya. Eh, tak payah nak hiperbola sangat la -.-










Tapi, betul la. Rindu sayang sayang aku semua yang nunnnnnnn jauhhhhhh di Semenanjung Y_Y. Tak boleh nak hang out sesama, tak boleh dengar mak bebel-bebel aku dan adik-adik guna letrik terlebih dos, tak boleh peluk Atam dan Ompok, tak boleh bla bla bla and blalala. Ouh, sungguh tak syok perasaan ini. Kronik sungguh nampaknya ni :(

Oittt! Apa kes bermuram durja ni Nurul Farihan oii??
Chillexx la hoiii.
Oke

:'(
Eh, nanges pulak.
Huh, haru! 


.End.Of.Story.


Tuesday, April 24, 2012

~ Semoga ALLAH Merahmati Kamu♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/24/2012 11:08:00 PM
Reactions: 
0 report
ASSALAMUALAIKUM....




Selamat ulangtahun kelahiran sayang!!
Sayang = Mohd Khairul Bin Mohd Zanggi.
24041983
 
Semoga berjaya menempuhi dugaan hidup.
Semoga hidup diberkati Allah selalu.
Semoga hepy selalu di samping saya.
Yang pentingg....
Semoga cepat mendirikan rumahtangga
dengan SAYA!
Ahakzzz!

Gambar kat atas tuh ganti hadiah birthday yer.
Kalau nak yang real tunggu bulan lapan nanti eyh.
Tu pun kalau cuti lulus.
^___^






.End.Of.Story.






Sunday, April 22, 2012

~ Everythings gonna be oke ^__^

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/22/2012 12:24:00 PM
Reactions: 
0 report
ASSALAMUALAIKUM













Semakin selesa di sini.
Semakin menyesuaikan diri di sini.
Semakin enjoy menikmati hidup di sini.

Ya Allah,
Permudahkan segala urusan hamba-hamba-Mu ini.


Di sini = di Sandakan :)


.End.Of.Story.





Friday, April 13, 2012

~ Rest.In.Peace ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/13/2012 11:11:00 PM
Reactions: 
2 report
Alolo. S.U.P.E.R C.O.M.E.L!! Meh comolot banyak-banyak kali. Haha


Aku taktau sejak bila aku start ber-chenta dengan makhluk halus ni. Eh, silap! Makhluk comell lah yang mana aku-rasa-nak-comolot-comolot je. Hee. Dulu, usahkan comolot, nak pergi dekat-dekat dengan makhluk comel tu pun aku serba-salah. Aku takut dia apa-apakan aku jer. Huarghh!! Penakot nak mamposs. Huuu. Tapi, serius aku cakap. Aku takut kalau beliau cakar-cakar aku ke gigit aku ke. Haha. Perangai tak matang langsung. Huh!

Sekarang, makhluk comell tu pulak yang takut atau lebih tepat malu dengan aku sebab pantang aku nampak beliau melintas depan aku pantas dan tangkas aku peluk dan terus comolot beliau. Haha. Gila tak gila aku sekarang. Dulu kemain takut dengan kucing. Sekarang tidur sekatil sebantal pun dah tak heran u'olls :)









Dah dah. jangan nak puji kucing orang lain sangat la kan. Jom puji kucing aku pulak.


Meet my Atam and Ompok :)

Meet adik-beradik tiri Atam and Ompok. Heee :D

Comott betul muka kau kan. Tapi, dun worry, comott comott pun aku sayang tau. Haha

Hurrmmm. rendu!! masa ni anak-anak puan meoww baru berusia 2 minggu lebih kott


Sebenarnya kan... Aku rindu giler-giler kat makhluk-makhluk comell kat umah aku tu :(
Tapi kannnn... Tadi adik bongsu aku mesej. Dia cakap anak kucing aku dah mati. Sobbssss. Aku taktau yang mane satu. Tapi aku rasa yang kaler cekelat tuh. Huwaaa!! Kuciwaaa. Sumpah!


.End.Of.Story.




Saturday, April 7, 2012

~ Bila Seorang Mafia Berbicara Tentang Cinta ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/07/2012 08:38:00 PM
Reactions: 
0 report
Sepanjang hidup aku selama 21 tahun nak masuk 22 tahun ni jarang benor aku dengar seorang lelaki berbicara perihal awek-nya. Bukan jarang tapi dah tahap TAK PERNAH dengar. Waima Mr.King sendiri pun aku rasa tak pernah berbicara perihal aku di hadapan kawan-kawannya. So, bilamana seorang lelaki berbicara perihal aweknya pada umum, aku agak itu adalah sangat cooliouu! Apatah lagi beliau adalah seorang mafia (bak kata beliau). Taktau lah mafia tahap petala ke-lapan ataupun petala ke-sembilan.

Aku sebagai seorang yang bernama awek, sangat suka membaca cara beliau layan kerenah awek beliau yang di namakan sebagai Mafii. Bagi aku, si mafia ini sangat-sangat sweat. Eh, sweet. Chop! Bukan aku nak kata Mr.King tak sweet sebagaimana Mafia berkenaan. Mr.King sweet apa? Bila di pikir-pikir kan balik, aku rasa tahap ke-mafia-an Mr.king lagi tinggi kot nak di bandingkan dengan si Mafia John the Don. Heh, jangan marah ye John. Haha. Aku suka tau baca siri Mafia kau tu ^__^

Nah, klik sini. Aku tau korang pun nak tau jugak kan perihal Mafia dan Mafii beliau.


Tengok. sweet tak sweet nya King bagi aku pooh. Siap ada kad lagi you. kehkehkeh!

p/s : Eh, ape kemende punyer skema BM aku mengalahkan nak buat esei time SPM dulu. Huh!


.End.Of.Story.




~ First Day yang macam hmmpphh -.-

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/07/2012 12:49:00 PM
Reactions: 
0 report
Currently at sandakan, Sabah :)

Masuk hari ni dah genap enam hari bermastautin di sini. Tapi tapi tapi .. Eh, berapa banyak nak tapi daa. Oke, start balik. Tapi, sedih sebab takde umah sewa lagi. Susah beteeii. Nasib baik matron sediakan satu bilik untuk kami. So, menumpang dulu la kat sini sementara dapat umah sewa. Haih, susah betul nak cari umah sewa area klinik ni. Orang lain dah siap boleh gantung baju dalam almari, tapi baju-baju aku and da geng still dalam beg/bagasi lagi. Hailohh! Sekarang aku stay kat klinik ni 6 orang. 

Nak di panjangkan lagi entry, aku sampai Sandakan dari Kota Kinabalu hari Isnin lepas. Ambil flight dalam pukul 7 am gitu dan sampai kat airport Sandakan dalam pukul 7.45 am. Untuk memanjaaangg-kan lagi entry ini, dari duapuluhdua orang berpecah jadi lima. Budak-budak KKNC yang lain ada yang dapat Hospital Kunak, PKD Kudat, Hospital Queen Elizabeth dan Klinik Beluran kott. Entah, aku tak sure Beluran ke Buluran nama tempat tu.

Mode : Imbas kembali 6 hari yang lepas -.-

Sampai-sampai airport Sandakan, settle bagasi masing-masing (aku, kak wani, ema and sorang lagi budak x-ray. Beliau induksi sekali dengan budak-budak KKNC hari tu, sebab tu kenal) lepas tu terus cari transport untuk p lapor diri di Pejabat Kesihatan Kawasan(PKK) Sandakan. Cari punye cari punye cari, ada la dua orang pakcik (pakcik?? haha. Bantai la pakcik pun, dah namanya orang lagi tua dari aku kan) tapi aku tak ingat mereka ni kerja apa -.- Yang pasti pakcik-pakcik ni kakitangan kerajaan jugak la. Itu la, semut suka sangat lepak dalam air minum aku. Dah la semut tu kecik, aku pulak rabun, saje letteww nak suruh aku makan kau kan semut sampai aku jadi bebal tak ingat macam ni. Huh!

Eh, back to story. Entry ni pasal first day aku sampai Sandakan bukan cerita pasal kau ye semut. Lain entry la aku cerita pasal kau. Tu pun kalau rajin. Keh keh keh :p

Di pendekkan cerita, sampai jugak di PKK Sandakan tu. Bagasi yang bergelimpangan kasi taruk di pondok guard dulu. Ye lah, takkan nak angkut sekali p naik pejabat. Orang lain datang lapor diri pakai uniform. Kami berempat just pakai baju biasa, berjeans pulak tu. Memang buang tebiat lah. Huuu. Mohon kesiankan kami ya, kami orang Semenanjung. See, memang kesiankan Y__Y

Isi borang-borang mana yang patut lepastu kena jumpa matron kat Klinik Kesihatan(KK) Sandakan. Oke, part nak menuju ke KK Sandakan memang sangat sadis sekali. So, kiteorang kena naik bas untuk kesana. First time oke aku naik bas macam ni. Bukan nak cakap besar or berlagak, tapi aku memang tak biasa naik bas selama ni sebab aku jenis suka menyusahkan orang. Hehe. Ayah atau Mr.King la jadi mangsa kalau aku nak gerak p mane-mane pun. Rasa macam nak nanges je masa naik bas tu. Eh, dah nangis dah pun. Huu. Aku pikir, susahnya duduk tempat orang. Banyak kali jugak aku nanges hari tu tapi nanges dalam hati je la sampai merah padam muka. Aku kan taff, kalau orang lain tengok aku nanges tak cooliou lah kan. Heee :)

Macam ni la bas yang aku naik hari tu. Sumber : google


Sampai klinik terus cari matron tapi sekali kena tegur daa pasal lapor diri tak beruniform lengkap. Huu, nasib baik matron boleh bertolak ansur. Lepas explain dari Semenanjung barulah beliau slow talk. Siap bagi bilik lagi untuk tinggal buat sementara waktu. 


Letih la menaip, aku sambung lain kali la yer. Tu pun kalau aku RAJIN lah kan. Heee. Babaii u'olls


.End.Of.Story.







Monday, April 2, 2012

~ mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ^__^

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/02/2012 05:28:00 PM
Reactions: 
2 report
Hari ni lapor diri di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah.

Masuk dewan dengar taklimat bagai barulah di beritahu tempat posting. Aku dapat PKK Sandakan. So, kena usha tiket untuk ke Sandakan sebab esok di wajibkan lapor diri di tempat masing-masing. Nasib baik bukan pergi sorang-sorang. Aku dengan 4 orang budak-budak KKNC kena lapor diri di PPK Sandakan, cume tak tahu akan di campak kemana lagi. Samaada still bersama atau akan berpisah. Huwaaa, haru kalau macam tu. Mudah-mudahan ada jugak teman aku nanti. Aminn :)

cik misi yang gojess walaupun risau tentang perihal lapor diri :)



gudd luck u oll's. big hug!

.End.Of.Story.





Sunday, April 1, 2012

~ aku tak percaya :'(

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 4/01/2012 08:09:00 PM
Reactions: 
1 report


Currently at Penampang, Sabah.


*********************************************************

Gambar-gambar kat bawah ni kat LCCT. Mak, ayah, mak saudara,ayah saudara aku p hantar aku kat LCCT. 30 haribulan dah bertolak ke Shah Alam ke rumah ayah saudara aku kat Kota Kemuning. Tidur umah beliau untuk satu malam sebelum naik flight keesokan paginya.

Pagi 31/03/2012, dalam pukul 9.30 am bertolak ke LCCT. Setengah jam jugak kot dari rumah ayah saudara aku ke LCCT. Budak-budak lain yang naik flight dari Kuala Terengganu pun dah ada kat sana. Kira-kira 17 orang budak-budak KKNC naik flight sekali dengan aku. Yang lain ada family yang hantar sampai Sabah.


Dari kiri : yu comell, che' ngoh, amar busuk, my mum :)


Amar busukk mengada-ngada suruh aku snap gambar beliau melakukan peace yaww sambil tersengih tak malu. haha

Yang lelaki tuh bapak sedara aku yang duk Shah Alam tu. Yang dua orang gadis comel di belakang tu anak-anak bapak saudara aku bersamaan sepupu-sepupu aku :)



Dari kiri : my dad, yu comell, my mum, my aunt. Depan : Amar busukk !

Masa ni dah start sebak. Haiyoh! Malu kat orang ramai. Kan dah gagal jadik taff :'(

Aku sendiri pun tak paham kenapa aku boleh nangis hari tu. Padahal, selama ni aku paling payah nak nangis depan orang ramai. Mungkin sebelum tu aku tengok ada family India kat belakang aku buat drama airmata, berpeluk-pelukan sambil nangis. Eleh, lagi nak salahkan orang lain padahal diri sendiri pun rasa sebak nak pergi jauh. Walaupun Sabah tetap dalam Malaysia, still jauh oke. Hmmpphh!


******************************************************************


Waaa, tak percaya weii sekarang ni aku di Sabah. Macam mimpi je la. Sumpah tak sangka aku dah jejakkan kaki di Sabah. Huwarghh! Tak dapat nak adapt lagi dengan suasana kat sini. Pukul 6.30 pm dah start nak gelap. Pukul 8.30 pm aku rasa dah macam pukul 11 pm -.-

Dari kiri : syida. hayu, yu comell. kehkehkeh :)




cik misi

dari kiri : syida, ema, aina, kak wani :)


Pening kepala sebab ada problem tempat tinggal. nasib baik ade jumpa hotel. Pakcik 2 orang kat belakang tu bertanggungjawab jemput kiteorang kat airport. Thanx ya pakcik!

Sekarang menginap di D'princess Hotel, Penampang sementara tunggu lapor diri esok.

Macam mana la kehidupan aku kat sini nanti. Harap-harap semua urusan aku dan kawan-kawan di sini dipermudahkan oleh-Nya. Aminn.

Good luck untuk semua kawan-kawan yang akan lapor diri pada 2 April 2012 di tempat lapor diri masing-masing terutama budak-budak KKNC. Big hug! Love you guyss ^__^


.End.Of.Story.






SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review