Currently at sandakan, Sabah :)
Masuk hari ni dah genap enam hari bermastautin di sini. Tapi tapi tapi .. Eh, berapa banyak nak tapi daa. Oke, start balik. Tapi, sedih sebab takde umah sewa lagi. Susah beteeii. Nasib baik matron sediakan satu bilik untuk kami. So, menumpang dulu la kat sini sementara dapat umah sewa. Haih, susah betul nak cari umah sewa area klinik ni. Orang lain dah siap boleh gantung baju dalam almari, tapi baju-baju aku and da geng still dalam beg/bagasi lagi. Hailohh! Sekarang aku stay kat klinik ni 6 orang.
Nak di panjangkan lagi entry, aku sampai Sandakan dari Kota Kinabalu hari Isnin lepas. Ambil flight dalam pukul 7 am gitu dan sampai kat airport Sandakan dalam pukul 7.45 am. Untuk memanjaaangg-kan lagi entry ini, dari duapuluhdua orang berpecah jadi lima. Budak-budak KKNC yang lain ada yang dapat Hospital Kunak, PKD Kudat, Hospital Queen Elizabeth dan Klinik Beluran kott. Entah, aku tak sure Beluran ke Buluran nama tempat tu.
Mode : Imbas kembali 6 hari yang lepas -.-
Sampai-sampai airport Sandakan, settle bagasi masing-masing (aku, kak wani, ema and sorang lagi budak x-ray. Beliau induksi sekali dengan budak-budak KKNC hari tu, sebab tu kenal) lepas tu terus cari transport untuk p lapor diri di Pejabat Kesihatan Kawasan(PKK) Sandakan. Cari punye cari punye cari, ada la dua orang pakcik (pakcik?? haha. Bantai la pakcik pun, dah namanya orang lagi tua dari aku kan) tapi aku tak ingat mereka ni kerja apa -.- Yang pasti pakcik-pakcik ni kakitangan kerajaan jugak la. Itu la, semut suka sangat lepak dalam air minum aku. Dah la semut tu kecik, aku pulak rabun, saje letteww nak suruh aku makan kau kan semut sampai aku jadi bebal tak ingat macam ni. Huh!
Eh, back to story. Entry ni pasal first day aku sampai Sandakan bukan cerita pasal kau ye semut. Lain entry la aku cerita pasal kau. Tu pun kalau rajin. Keh keh keh :p
Di pendekkan cerita, sampai jugak di PKK Sandakan tu. Bagasi yang bergelimpangan kasi taruk di pondok guard dulu. Ye lah, takkan nak angkut sekali p naik pejabat. Orang lain datang lapor diri pakai uniform. Kami berempat just pakai baju biasa, berjeans pulak tu. Memang buang tebiat lah. Huuu. Mohon kesiankan kami ya, kami orang Semenanjung. See, memang kesiankan Y__Y
Isi borang-borang mana yang patut lepastu kena jumpa matron kat Klinik Kesihatan(KK) Sandakan. Oke, part nak menuju ke KK Sandakan memang sangat sadis sekali. So, kiteorang kena naik bas untuk kesana. First time oke aku naik bas macam ni. Bukan nak cakap besar or berlagak, tapi aku memang tak biasa naik bas selama ni sebab aku jenis suka menyusahkan orang. Hehe. Ayah atau Mr.King la jadi mangsa kalau aku nak gerak p mane-mane pun. Rasa macam nak nanges je masa naik bas tu. Eh, dah nangis dah pun. Huu. Aku pikir, susahnya duduk tempat orang. Banyak kali jugak aku nanges hari tu tapi nanges dalam hati je la sampai merah padam muka. Aku kan taff, kalau orang lain tengok aku nanges tak cooliou lah kan. Heee :)
Macam ni la bas yang aku naik hari tu. Sumber : google |
Sampai klinik terus cari matron tapi sekali kena tegur daa pasal lapor diri tak beruniform lengkap. Huu, nasib baik matron boleh bertolak ansur. Lepas explain dari Semenanjung barulah beliau slow talk. Siap bagi bilik lagi untuk tinggal buat sementara waktu.
Letih la menaip, aku sambung lain kali la yer. Tu pun kalau aku RAJIN lah kan. Heee. Babaii u'olls
.End.Of.Story.
0 report:
Post a Comment