Sunday, February 26, 2012

~ Holiday walaupun sehari cuma ~

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 2/26/2012 03:16:00 PM
Reactions: 
Assalamualaikum...

Peristiwa berlaku hari jumaat yang lepas ^__^

gambar tak nampak muka.. bijak bijak.

Ce teka ce teka aku p mana. Tak payah nak teka sangat la kan. Huuu. Oke, meh nak start cerita. Al-kisahnya, hari jumaat lepas yakni 24 Februari 2012 aku pergi ke Pulau Kapas. First time oke aku sampai sana. Nama je anak jati Terengganu, umur 22 tahun baru dapat jejak Pulau Kapas. Alhamdulillah, sampai jugak walaupun lambat sikit kan :)

Aku pergi sana pun sebab member aku, Anis yang ajak. Thanx yer Anis ajak aku join kau dan Amalina serta husband dia. Sebenarnya aku and the geng plan nak p cameron hari tu, tapi plan tu tak jadi sebab masing-masing ada kerja. Nasib baik Anis mesej aku ajak p Pulau Kapas. Yeayy !

Plan asal nak bertolak dari umah Anis pukul 7.30 am. Tapi, tayar kereta husband Amalina pulak pecah masa nak jemput aku dan Anis. 2 jam tunggu ayah mertua Amalina ambil kiteorang dari Marang. Dalam pukul 10.30 baru sampai kat jeti P.Kapas (Marang). Aku dah over excited walaupun just nampak bot. Belum nampak pulau lagi. Haha. Kanak-kanak riang betul.

Lepas bayar tambang bot RM40 seorang (pergi dan balik), kiteorang teruskan perjalanan ke pulau. 15 minit jugak aku rasa perjalanan antara jeti Marang ke pulau tu.


dah sampai. senyum sampai telinga !








Cantik kan pemandangan. Serius tenang fikiran duk lepak kat sana. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang terbaik dari pulau lah ^__^



Aku bawak bekal sandwich. Mak aku yang buatkan sebab mak aku tahu anak dara dia nan seorang ni memang tak boleh di harap kalau bab-bab bangun pagi. 



maap ! gambar senget. malas nak rotate. haha :0



Kiteorang bertolak balik dalam pukul 3.30 pm camtu. Sebelum balik umah, lepak rumah Amalina sekejap. Rumah dia kat tepi pantai, best woo!


.End.Of.Story.

1 report:

Fahz said...

beautiful place..maybe 1 day fahz akan sampai pulau kapas jugak :)

SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review