Friday, March 16, 2012

~ sabah bha.. best hapa :)

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 3/16/2012 12:45:00 AM
Reactions: 
Assalamualaikum..

Mohon perhatikan gambar di bawah dengan prihatin.






Yesss, SABAH.
S.A.B.A.H!!
Aku dapat posting kat Sabah oke. Aku taktau sama ada nak gelak guling-guling atas lantai ke nak menangis meraung hentak-hentak kaki atas lantai. Sungguh aku confuse -.-

Petang tadi dalam area pukul 6 aku duk usha-usha page Group 1/2009 Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, aku nampak ada satu post yang buat aku gigil-gigil kepala lutut tahap 700 juta megawatt punye. Aku dapat tahu tempat posting dah boleh cek online dari budak Sue ni. Aku pun mintak tolong dia cek-kan untuk aku sekali sebab aku online guna handset. Last-last dia balas aku dapat Sabah. Mula-mula aku ingat budak Sue ni main-mainkan aku je. Lepas tu dia cakap "serius, mung dapat Sabah Yu. Ramai jugak dapat Sabah". Adehhh, rasa macam nak pitam time tu jugak. Otomatik seluruh badan rasa seram sejuk. Fak!! Aku tak mintak pun Sabah. Kenapa hantar aku Sabah pulak?? Dengg ah -.-

Untuk 15 minit aku senyap tak terkata. Nak bagitau mak dengan ayah aku pasal mende ni tapi taknak terkeluar pulak suara ni. Hailoh hailoh. Last-last aku mesej Mr.King.


Yu comey : K... rasa macam nak nangis jer :'(
King sayang : Bakpe?? (baca : kenapa)
Yu comey : Boleh Sabah. Uwaaa!!
King sayang : Hah! Bakpe jauh sangat?? mintak la mak ke ayah ke sape-sape mintak ejas tukar blalala.
***mesej-mesej seterusnya is history. hehehe***

Last-last aku bagitau mak aku. Terkejut dia mengalahkan aku pulak. Haih, mak mak. Rilekk ah mak. Sabah je kott. Kott kepala lutut kau. Jauh tuuu. Memang tang nampak jalan balik raya la aku lepas ni. Lagi-lagi dapat tittle junior. Kena beralah la dengan senior. Aku benci betul la nak pegang watak junior ni. Kalau boleh senior yang boleh beri tunjuk ajar takpe jugak. Kalau boleh senior yang kaki ragging budak baru macam aku ni  memang nak kena mengucap awal-awal la aku gamaknya. Haha.

Lepas tu aku fikir-fikir macam best jugak dapat Sabah. Kurang-kurang bukan aku sorang je dari batch aku yang kena campak ke Sabah. Kira oke lah tu kan. Best hapa? Boleh naik kapalterbang. Haha. Eleh, jakun la kau! Aku memang jakun pun, aku orang kampung je. Mana la nak pernah naik mende tu. Gaji pun lebih sikit. Kira untung la tu duk jauh. Takpe lah, muda-muda ni merantau kat tempat orang dulu. Ye dakk?? Sabah je pun. Lepak ah. Skill nak sedapkan hati sendiri je ni. Haha.


p/s : Mr.King macam tak puas hati je aku dapat posting Sabah. Haha. Nak buat macammana, dah orang campak kita ke Sabah. Terima je la yangg oii. Jangan bimbang, saya takkan lupakan awak. Mudah-mudahan dapat tukar ke Semenanjung cepat-cepat ^__^



.End.Of.Story.


2 report:

Cik Zaiey said...

slmt m'jalankan tugas pd negara..hihi

Asma Syuhada Norzalizan said...

Doakan kejayaan anda di Sabah Bah ! ;)

SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review