Saturday, June 23, 2012

~ Saya Tak Paham Melayu Oooo! -.-

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 6/23/2012 03:41:00 PM
"Oke auntie aa, kita ambil gambar mata ni nak tengok la sama ada kencing manis tu sudah masuk ka mata ka belum ka aaa".

"Haiiyyyoooo!!! saya tak paham melayu oooo".


Okeee, faingggg auntie faingg -.-

Kalau la 10 orang patients macam ni setiap hari, harus pengsan aku. Aku dahla tak boleh berbahasa Sabah dengan baik lagi, ni tambah lagi dengan untie/uncle yang tak paham bahasa melayu. Betul la, susah kalau cakap dengan orang tak paham bahasa. Bikin gua yang comel ni tension je la awal-awal pagi. 

Nasib baik la, setiap hari khamis ada sorang farmasi share bilik dengan aku. Boleh la dia tolong translate BM ke cina. Haha. Dia pun gelakkan aku sebab tengok muka ketat aku. Gua tak tension oke cuma gua geram sikit je. Hehe. Tapi, lepas ni dia tak boleh jadi translator aku dah sebab dia dah tukar semenanjung. Babai, selamat pulang ke semenanjung. Aku jugak masih kat sini. Uhukk :'(

Tak boleh ke kerajaan Malaysia wajibkan setiap warga Malaysia pandai berbahasa melayu. Tak pandai cakap melayu pun, paham apa yang aku cakap aku dah puas hati. Hehe. Gua tak kesah sangat pun. Susah la nak cakap dengan patients cina kalau tak paham apa yang aku kabo. Kang lain aku kabo, lain dia paham. Nanti ape apehal, aku jugak yang salah. Sabor je la -.-


" Haiiyooo, saya tak paham melayu oooo".


Nak je aku cakap "Aik, tu boleh pulak auntie cakap melayu". Ataupun, "Saya pun tak paham cina ooo". Haha, kurang ajar sangat kalau cakap dengan patients aku macam tu. Ke boleh je aku cakap macam tu?? Kang patients report aku mulut kurang ajar mampus aku. Haha. Tak payah nak cari penyakit yang takde Cik Nurul Farihan oiii.




Hurmmm, tetiba rasa nak belajar cina. 


"Haiyoo, saya tak paham melayu ooo".

"Wo aini, auntie".

Agak-agak apa auntie tu nak jawab kalau aku cakap macam tu?? Hahahaha :)



.End.Of.Story.


0 report:

SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review