Wednesday, October 2, 2013

~ Mummy Pika ^_^

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/02/2013 10:42:00 PM
Reactions: 
Assalamualaikum...


Pika tu sebenarnya nama kucing aku. Kucing yang aku culik kat flat rumah lama aku kat simsim dulu. Hehe. Culik sebab kesian tengok dia duk kat bawah tu sorang-sorang. Eh,sekor-sekor. Dah kompem takde owner terus culik bawak naik umah. See, betapa penyayang aku pada binatang. Mohon contohi saya ya. Hewhewhew. Muntah darah!




Pika yang kecik tu. Yang lagi sekor tu nama Awak. Tapi dah lari dari rumah. Sampai hati awak. Wuwuwu. Kreatip gilaa kan nama kucing-kucing aku. Haha.

Hari ni si Pika dah jadi mummy. 1st time kot tengok kucing beranak. Geli jugak la 1st time tengok pika beranak. Tengok manusia beranak tu dah tak heran dah. Huhu.

Ada ke patut, mula-mula tu dia nak beranak atas tilam aku je. Aku rasa dia tak jumpa tempat strategik kot nak beranak. Last-last, ambik keputusan nak beranak atas tilam aku. Haha. Aku tengah sedap buat taik mata lagi kot time tu.


Aku ingatkan dia saja je la sondol-sondol aku suruh bangun p mandi. Hihi. Aku celik mata sikit pastu usap-usap kepala dia sikit. Konon nak suruh dia jangan kacau aku tido la. Pastu dia mengiau kuat sikit. Aku bukak la mata balik, pastu tengok muka pika. Aik, kenapa kesian benor muka pika ni aku tengok. Pulak tu, terkangkang je duduk. Huduh benor perangai. Ikut perangai sape entah. Hahaha.

Last-last aku intai sikit. Oke fine. Pika nak beranak! I'ols panik oke. Haha. Yela, tak pernah hayat conduct kucing beranak. Cepat-cepat aku angkat pika ke tempat yang strategik sikit. Yela, takkan nak terberanak atas tilam aku pulak kan. Aku tolong jugak la usap-usap perut pika. Oh, sungguh penyayang la aku ni. Haha. Pastu keluar la sekor anak dia, pastu dua ekor, pastu tiga ekor. Pastu aku p kerja. Haha.



Muka lepas kuar sekor anak.




Tiga-tiga ekor kaler itam. Ada la sekor tu kaler oren-oren sikit. Aku nak pegang, pika tak bagi. Dasar pika kedekut.


Oke, tu je nak citer. I'ols bosan oke. Laki i'ols pegi mana ntah -.-"

posted from Bloggeroid

0 report:

SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review