Tuesday, May 15, 2012

~ Di Hukum Tanpa Kesalahan :'(

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 5/15/2012 11:05:00 PM
Reactions: 
Assalamualaikum...


Apa kata korang takde buat salah tapi tiba-tiba di jatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati??

Apa kata korang LANGSUNG tak tahu menahu tentang sesuatu tetapi tetap di gelar sebagai pesalah???

Apa kata korang tak buat apa-apa tapi di tuduh melakukan sesuatu perkara yang maha hebat??

Oke, itu adalah sangat melampau.

Stresss??
Tekanan???
Macam nak lempang lembu tepi jalan??
Huhhhh!!! Itu yang aku rasa sekarang.
Oittt, aku takde buat salah lah jangan nak hukum aku macam ni. Adui la adui la. Stress aku woiii -.-

*********************************************************************

Semalam mesej macam biasa. Mesej punya mesej sampai pukul 10.30 malam. Dia cakap nak makan dulu. So, aku cakap "oke, makan la dulu". Lepas tu aku senyap la sampai tertidur. Aku tak bagitau aku nak tidur dulu sebab aku ingat nak tunggu dia call. Yelah, biasanya pun memang dia akan call or mesej aku sebelum dia tidur. So, macam biasala aku pegang phone aku ketat-ketat. Siap letak atas dada lagi. Mana la tau kot-kot dia ada call aku kan.

Macam biasa jugak kalu dia call masa aku tidur, aku still boleh sedar lagi. Tapi, entah mana silapnya semalam, aku langsung tak terjaga padahal aku tengok ada 45 miscall dari dia. Last call dari dia dalam pukul 1.30 pagi kott. Last call tu aku terjaga, so aku angkat la phone tu. Tapi, dia senyap tak cakap apa-apa. Aku pun hairan. Lepas dia letak phone, aku tengok la phone aku tu. Aik, gila kentang putar telinga aku punya pekak. Takkan la 45 miscall tak sedar kot. Betapa tidur matinya aku kan. Lepas tu aku tengok ada 19 mesej. 18 mesej dari celcom yang mengatakan ada call dari dia. 1 mesej lagi dari dia. Oke, mesej tuh sumpah buat mata aku yang mula-mula terbuka 15 darjah terus terbuka tak ingat darjah. Sumpah weii, kalau korang kat tempat aku pun memang terkejut tahap 789 juta megawatt lah -.-

dalam mesej tu dia cakap "keluar dengan jantan MA (hari tu aku ada cerita dengan dia ada sorang MA kat klinik aku cakap dia suka aku. Suka jenis macam mana aku pun tak tau). Takpe takpe. Selagi boleh tipu. Tipu la sampai puas hati".

Ya Allah. Zaman bila weii aku keluar dengan MA tu waima lelaki lain pun. Kenapa dia tiba-tiba je tuduh aku macam tu. Seingat aku takde pulak ada adegan gaduh-gaduh sebelum aku tidur tadi. Lepas tu, aku call dia balik. Tapi dia langsung tak angkat phone bila aku call dia. Lepas tu aku mesej kenapa cakap macam tu. Tapi, mesej aku pun langsung tak dibalasnya. Haih, mati kutu aku. Sampai tertidur aku tunggu dia. Oke fine, mungkin dia dah tidur kot -.-

Sampai sekarang dia tak angkat or balas mesej aku. Pagi tadi ada la aku mesej dia " kalau free, mesej Q ek". Dalam dua jam lepas tu ada mesej masuk. Kemain happy sebab ingatkan mesej dari dia. Tapi, denggg ah. Sekali tengok skrin phone, gambar Huda pulak yang naik. Hmmpppphh!!! Bertambah lagi 600 juta megawat tension aku. Rasa macam nak hempas je phone kat dinding. Nasib baik poket tengah kering. Kalau tak memang arwah la phone aku tuh :'(

Ada la sampai beratus kot aku call dia. Tapi..... Adehhhh.. Sedih la weii bila orang tersayang aku buat aku macam tu. Sekurang-kurangnya bagitau apa salah aku oke.

*********************************************************************

Kepada satu-satunya lelaki bukan mahram aku yang paling aku SAYANG, peliss jangan buat aku macam ni. Kalau aku ada buat salah atau ada buat kau kecik hati peliss bagitau oke. Tapi, masalahnya sekarang, aku taktau sekuman pun apa salah aku. Haihhhhhh!!

p/s : Aku dah semangat gilaa usha baju tunang tup tup jadik macam ni pulak :'( Ya Allah, kalau ada jodoh antara kami berdua Kau kuatkanlah semangat kami. Aminnn.


.End.Of.Story.



 

0 report:

SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review