Monday, November 26, 2012

~ Percubaan Pertama ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/26/2012 10:23:00 PM 0 report
Assalamualaikum..


Malam ni i'olls is RAJIN sangat. Tetiba terfikir nak buat bunga 3D. Ngam-ngam jumpa satu belog ni yang buat tutorial pasal bunga 3D ni. Tak lama lagi kan i'olls nak kahwin. So, mencubakan diri untuk men-do-it-self-kan segala barang-barang kahwin. I'olls rasa macam tak sabar nak kahwin pulak. Huahuahua!



Tak sangka tangan aku ada seni ^_^





Kita guna aje kain lebihan yang di buat baju. Aku guna kain shiffon ^_^




Buat bulat-bulat yang tak berapa nak bulat tu yer ^_^



Kita gunting sampai jadi macam ni. Sakit pinggang i'olls tau ^_^




Tarrraaa!!!!



Berseni jugak jari-jemari aku yang tak berapa nak runcing ni ^_^


Nak buat banyak-banyak la ^_^. Oke, bye u'olls 


Mau tutorial? 
klik SINI



.End.Of.Story.

Saturday, November 24, 2012

2nd Anniversary GIVEAWAY by SHxoxo

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/24/2012 09:07:00 PM 0 report







hadiah adalah seperti berikut:-


1) Oversized Crumple Shawl
2) Aquamarine Shawl
3) Mustard Pastel Shawl
4) Blue Pastel Shawl
5) Statement Collar Necklace
6) Sheseido Masker




p/s : jom join ramai-ramai. Mana tau ada tuah boleh hadiah ^_^


.End.Of.Story.

Friday, November 23, 2012

Contest : I Choose To Wear Hijab!

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/23/2012 10:46:00 PM 2 report
Assalamualaikum..

Lama dah tak join kontest montest segala. Tengok kontest ni cambest jugak. Hadiah pun lumayan. Saje je nak try. Menang ke tidok terpulang la ^__^







   

Ini nahh. Gambar yang tak seberapa ^__^






Tarikh tutup 7 Disember 2012. So, sempat lagi kalau nak join. Oke bye!


p/s : Berusaha untuk memakai hijab dengan lebih baik. INSYAALLAH :)



.End.Of.Story.


Wednesday, November 21, 2012

~ Bah.. Kita Tengok La Macam Mana

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/21/2012 09:33:00 PM 0 report

Assalamualaikum..


Ehemm! Siap ada cop bagai. Curlass kau anim ^_^


Auwwww!
Barang dari jauh dah sampai ke bumi Sandakan petang tadi. Dari Terengganu oke.













Ini nah. Hotsetaff sekarang. Felinna Beauty Inch Loss Lotion nama mende alah ni. Mahu kurangkan inci di badan. Makin gemuk sudah ni :'(  Bah, mari la kita try sapu dulu. Tengok menjadi ke tidok ^__^

 


Tengok, kaler PINK lagi. Harummm tau :)



p/s : Eh, sape-sape nak tau lebih lanjut pasal lotion ni boleh pm kawan aku oke.





.End.Of.Story.

Saturday, November 17, 2012

~ Trip To Kundasang : Kiram's Village Cabin ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/17/2012 08:50:00 PM 0 report

Assalamualaikum ♥

♥♥♥♥♥♥♥



Line celcom broadband di Sim sim dah oke. Woha! (Oh, terjangkit dengan sindrom abang kereta mayat). Boleh hapdet belog laju-laju. Dah masam entry ni terperuk. Cerita dah basi pun -.-'' Tapi, tadehal. Meh kite hapdet jugak ^_^



EHEM!!
ENTRY BANYAK GAMBAR ^_^






Entry nih sambungan dari entry ni sebenarnya. Tempat kami mula-mula jejak di Kundasang. Ohh, that lovely place. Tempat ni jauuhhh sikit la dari hotel yang lain. Atas sikit dari Cattle's Dairy Farm. Berbaloi sangat sangat menginap kat sini walaupun masuk jauhh sikit. Kami sampai-sampai dah gelap time tu. dalam jam 6 jugak la kot. Dengan hujan lagi. Berkabus giler. Sejuk giler. Dannnn lapar giler. Hewhewhew.



Jenis bukan penyabor. Time sampai, time tu jugak la nak snap :)


Kami dah sampai. Anda bila lagi :D


Kami sewa 2 bilik yang range harga RM90/night/room. Dalam bilik tu ada 1 katil queen dan satu katil single. Oke la tu, nak tidur je kan. Bilik untuk family pun ada jugak. Siap ada tempat untuk memasak lagi. Aku pun tak sure la range harga dia berapa. Kalau tak silap aku, ada 6 buah la semua sekali. Wifi pun disediakan jugak. Lepas tu, dalam bilik ada jugak heater. Tapi water heater dalam bilik aku tak berfungsi pun :( Serius beku dulu otak sebelum habis mandi. Lepas check in, rehat kejap dalam bilik. Lepas tu plan nak g makan. Laporrr. Kami plan makan kat luar. Tapi kat Kiram pun ada cafe jugak. Siap ada menu lagi tertampal kat dalam bilik. Just order je. 



Sibuk nak up status kat fb, bagitau satu fb dah selamat sampai kat Kiram :)


Sangat berkabus. Plus hujan rintik-rintik. Feeling ada salji pun bolah jugak. haha :D


Ini nahh. Bilik kami. Tengok nama bilik pun dah unik :)


Berharap sangat keesokan harinya tak hujan. Mau ambik gambar banyak-banyak. Dan Alhamdulillah, tak hujan dan cuaca pun elok je. Owh, i loike ♥



Bangun tidur, terus terkam pintu. Belum basuh muka, gosok gigi pun belum, taik mata pun ada lagi. Tak senonoh perangai. Nak tengok matahari terbit katenye :)


                             










sekitar kiram's village ♥

kucing di kiram's village yang comell. Gatal tangan nak bawak balik ke sandakan. Muahaha






Ehemmm. Ini rumah idaman saya. Hikhikhik. Verangan je lebih. Tapi, kalau jadik kenyataan kan best kan.


Kiram's Village Cabin --> blog

p/s : next entry --> Mesilau Nature Park ♥



.End.Of.Story.



Thursday, November 8, 2012

~ Macam Sedap ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 11/08/2012 10:28:00 PM 2 report
Assalamualaikum...







Nyummyyy!!

Memperkenalkan durian crepe. Nampak enak woah. Mau satu peliss ^_^


Mau resepi klik sini.


.End.Of.Story.

Sunday, October 28, 2012

~ Trip To Kundasang ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/28/2012 12:07:00 AM 0 report
Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Saya beraya di Sandakan. Mak oke je ^_^


Oke, pendahuluan tak perlu panjang-panjang. Kita terus masuk ke isi penting pertama. Cewahh!

Yess, sabtu lepas kami ber-enam telah menjayakan diri masing-masing untuk menjelajah KUNDASANG. Yess, Kundasang. Oh, tak perlu ulang untuk kali ketiga untuk tanda ke-ekcited-an. Omnomnom, sangat suka Kundasang. Tak sangka plan last minit jugak yang menjadi. Tapi memang kebiasaan, plan last minit memang menjadi. Ye dak?


Dua orang staff klinik (Cip Nuhaimin & Pakcik Jais) jadi mangsa untuk bawak kami ke sana. Hee, thanx banyak-banyak.Lain kali boleh plan trip lain pulak yer. Plan asal, sister pun join jugak trip ni. Tapi, last-last minit beliau kena attend satu kursus hape-ntah kat hospital (HDOK). Babai sister. Kuikuikui ^_^




Tourist guide kami :)


Senyum meleret :)

Kami bertolak hari Sabtu dalam pukul 1 lebih. Ingatkan nak bertolak awal pagi tapi tourist guide kami yang berdua tu ada hal pulak pagi tu, ada game badminton anjuran klinik kot. Takpe, kita layankan aje. Asalkan sampai ke destinasi. Pagi tu pulak memang dari awal pagi sampai la masa kiteorang bertolak memang hujan. Risau sangat kalau-kalau trip ni batal. Huu, aku dah la eksaited habis dah ni. Alhamdulillah, berjalan lancar jugak perjalanan kami :)





1st of all, hantar budak tecik ni dulu kat umah papa angkat dia.



Yeayy!! Trip bermula.



Heading to Kiram's Village Cabin. Ohh, lovely place. Nantikan next entry ^__^






.End.Of.Story.

Tuesday, October 16, 2012

~ Emergency! Pliss Call Back! Urgent..

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/16/2012 10:53:00 PM 0 report
Assalamualaikum 


Alkisah.. 




4 hari lepas, something wrong somewhere dengan kami. Yeah, aku and my tunang. Tetiba je nak cari pasal. Heh! Apa poblem-nya biarlah kami berdua je yang tau. Kisah rumah tangga tak boleh di heboh-hebohkan sangat (konon). Macam biasa, aku senyap, dia senyap. EGO la katakan. Heh!


Tapi, orang cakap tak baik berbalah sesama umat islam lebih dari tiga hari. So, semalam aku cubalah naikkan bendera putih. Mengalah (konon-nye lah). Hantar satu mesej. GUD NYTEZ . Oke, faing Mohd Khairul. Faing. Tak balas aku punya love erk.



Petang tadi, lepas balik kerja try call dia. 

Satu kali.
Dua kali.
Tiga kali.
Empat kali.
Lima kali (mailbox).
Enam kali.
Tujuh kali. 
Lapan kali (mailbox).
Sembilan kali.
Sepuluh kali.
Sebelas kali (mailbox).
Dua belas kali.
Tiga belas kali.
Empat belas kali.
Lima belas kali.


Oke, faing faing.
Tetiba je terbit idea bernas dari kepala hotak. Begini idea-nya. 


Bukak sms, search nama 'king of my heart', taip sms : "Emergency! Pliss call back! Urgent.." --> send!


Nah, hambik kau. Haha. Mahap mahap. Ampunkan patik. Patik bergurau je tu. Amarah jangan di simpan dalam hati sangat yer. Kuikuikui.


Selang 3,4 saat lepas sms sent, ada incoming call dari 'King Of My Heart". Yesss!! Mission accomplished. Haha. Sayangkan ai letteww 



yu hahn : boleh la try test kat makwe/pakwe engkorang jugak. Kalau tak call balik tu, paham-paham la yer ^__^




.End.Of.Story.


Sunday, October 14, 2012

~ Dalam Hati Ada Taman ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/14/2012 12:31:00 PM 2 report
Assalamualaikum 








ost dalam hati ada taman 




Ohhhh!!
Tak sabar nak tengok cerita ni!






de comell



Out of topic : Tengok cerita gembira pun boleh nangis. Tengok cerita sedih lagi dabel boleh nangis. Oke, something wrong with me!!

yu hahn says : you're everything i need KZA 


.End.Of.Story.

Saturday, October 13, 2012

~ Bibir Tersenyum Tak Bermakna Hati Pun Tersenyum ^_^

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 10/13/2012 08:42:00 PM 1 report
Assalamualaikum 



Hari tanpa LENS!




Ciri-ciri GAMBAR di atas :

1. Senyum sampai nampak kelapan-lapan gigi atas.
2. Senyum sampai kembung pipi-pipi yang gebuss (gebuss ke masalahnya?).
3. Senyum sampai terangkat-angkat dua jari di tangan kiri.
4. Senyum sampai kembang kempis dua lubang hidung.
5. Senyum sampai tak kesah orang sekeliling.  





Ciri-ciri HATI "peng-gambar" di atas :

1. Sedih sampai menangis sorang-sorang dalam hati. Kau apa tau!
2. Sedih sampai tidur dengan air mata. Kau apa tau!
3. Sedih sampai tak semangat nak lalui hari-hari mendatang. Kau apa tau!
4. Sedih sampai terpaksa pura-pura happy depan kawan2. Itu susah. Tapi terbiasa dah pun. Kau apa tau!
5. Sedih sampai nak baca sms kau pun dah tak sanggup. Kau apa tau!





Aku senyum sebab taknak spoil mood kawan-kawan nak lepak sama-sama. Mood yang ter-spoil adalah sangat tidak enak rasanya tahu. Pahit. Hurmm, agak pahit la kot. Tak payah nak tunjuk sangat yang hati aku sedang gundah gulana. Simpan sorang-sorang sudah. Aku memang tak pandai ekspresikan perasaan aku melalui reaksi muka aku. So, sewenang-wenangnya kau nak tuduh aku macam-macam sesuka hati-limpa-liver kau? Huh, sungguh melukakan hati aku la kau ni. 



.End.Of.Story.

Saturday, September 29, 2012

~ Do It Yourself ♥

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 9/29/2012 06:12:00 PM 0 report
Assalamualaikum ♥

Do it yourself atau DIY.

Sejak dua tiga menjak ni tetiba aku demam. Demam DIY. Apatah lagi DIY yang berkaitan dengan wedding. Secara otomatik mau kawen cepat tiba-tiba. Boleh? Sebab DIY mau cepat-cepat kewen? Haha, alasan tak boleh blah. Tapi, seriously. Auwwww, secara otomatik gedik tiba-tiba. Lepas tu secara otomatik pikir nak buat DIY semuaaaa benda for my wedding. Erk, tiba-tiba macam peliks pulak cakap pasal wedding aku. Oh, tiba-tiba terperasan "Oh, dah besar rupanya aku. Dah boleh kahwin dah pun". Hikhikhik, tiba-tiba rasa malu cakap pasal kawen-kawen.

Lepas tu tiba-tiba lagi terus meng-google-kan untuk mencarikan DIY ni. Gigih tahu aku google pasal mende ni. Sampai termimpi-mimpi -.-''

*****************************************************************

1. Ombre Pinwheels ♥ 




Sumber gambar


2. Paper flowers ♥

Sumber gambar


Mahu lagi?

Sini pun ada. sini pun ada. sini pun ada ^___^


.End.Of.Story.

SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review