Thursday, December 15, 2011

~ thanks for being my friends ♥ ~

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 12/15/2011 12:00:00 AM 0 report
so here's to... the crap we TALK.. the guys we STALK.. the way we SHOP.. LAUGH we can't stop.. the GOSSIP we spill.. the looks that could kill..

ohh, mari sama-sama kita dengar lagu (sebelum tuh stopkan dulu lagu si avril di tepi ni yer >_< )






Share Musicc
























NOR SHARAHHUDA IBRAHIM


NURUL SHUHAIDA ALWANEE MOHD SHAZALEE

NADIAH ABD RAHMAN







NOOR DINI AKMAL GHAZALI

NURUL LIYANA MANAH




we'll stay together because we're FRIENDS FOREVER ♥



dear friends :

♥ bila lagi weyy nak jalan-jalan pusing malaysia?? serius best bila dapat lepak sama-sama. kepala masuk air semua !

♥ bila lagi weyy nak kenduri maggie ramai-ramai?? masak dalam heater sampai hangit. haha. lawak gilerr bila dah taksub sangat nak memasak. dalam heater pun jalan.

♥ bila lagi weyy nak sewa kereta kancil dengan 'pok li' round satu kelantan bila elaun dah masuk?? 

♥ sape lagi weyy nak suap aku macam nad, huda, dini, yuyu & wanee suap nasik tuk aku lepas ni??

♥ sape lagi weyy nak jeles-jeles dengan aku lepas ni bilamana aku kata aku comell kalau tak si nad??

♥ sape lagi weyy nak camwhore dengan aku lepas ni kalau tak si dini??


@ banyak sangat kenangan selama 3 tahun kita kenal ni. bukan senang nak jumpa kawan yang 1 kepala dengan aku. nak kenal & paham perangai sorang-sorang cukup susah. adat la kan, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. tapi takpe, kan aku dah cakap aku nak buat gathering tiap-tiap tahun. haha. aku tak kira :p

@ mintak maaf kalau selama kita kenal aku ade buat salah & silap dengan korang semua. mintak maaf kalau aku tak mampu jadik sahabat yang sempurna. sesungguhnya aku manusia yang tak sempurna. muahh kat pipi kanan muahh kat pipi kiri tuk kamu-kamu semua yang cool !

@ tak lupa juga kepada NURUL NABILAH SUHAIMI, NORHAYU CHE' IDRIS & SHARMINI JALI. thanx a lott guyss~


.End.Of.Story.







Wednesday, December 14, 2011

~ last farewell ~

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 12/14/2011 04:14:00 PM 1 report



14 DISEMBER 2011

peperiksaan yang mengerikan dah pun tamat tepat pukul 11.10 am pagi tadi. syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. so, keputusan nanti pun harap-harapnya lancar la ye. tak sanggup nak repeat paper tuh. letih duduk atas kerusi selama 2 setengah jam. heh, duduk atas kerusi pun letih tahu?


15 DISEMBER 2011

esok akan mula sesi mencampakkan barang-barang / kotak-kotak ke dalam kereta. yeayy, gua akan meninggalkan kolej kesayangan gua nih. err, kesayangan?? kesayangan jugak la kan walaupun banyak yang aku tak puas hati dengan kolej ni. huh! esok juga akan genap tempoh 3 tahun aku hidup di muka bumi kelantan ini.


15 JANUARI 2009 - 15 DISEMBER 2011

selama 3 tahun, banyak sangat aku dapat belajar kat sini. mau taknya. mana nak dapat pergi attachment kat klinik kesihatan jaya gading kalau tak jadik student KKNC. mana nak tau contact lens boleh sebabkan corneal ulcer kalau tak jadik student KKNC.  mana nak rasa lemah jantung bila mana OSCE menjelang kalau tak jadik student KKNC. mana nak rasa bangga bila mana Nurse's day disambut di seluruh dunia kalau tak jadik student KKNC. mana nak dapat buka puasa dalam OT kalau tak jadik student KKNC. yang paling best, mana nak dapat masuk wad jiwa kalau tak jadik student KKNC.

mana nak cari hoii !!

ceh, ayat kemain. haha. padahal selama 3 tahun jadik student KKNC, kemain lagi kutuk-kutuk kolej nih. heh, hamba manusia biasa. tak lepas dari godaan syaitoonnirrojim :)

wajah-wajah sepanjang 3 tahun :)



SEM 1 : acara sukan ape entah. tak ingat. hehe

SEM 3 : paedetric ward. ish, geram beteii ngan budak tecikk nih. aumm !


SEM 4 : pemulihan dalam  komuniti (PDK) di Tumpat, Kelantan






SEM 4 : sesi masakan :D


SEM 4 : program komuniti di klinik kesihatan pengkalan kubur
SEM 5 : karnival sukan




SEM 6 : menggila dalam OT. maap, tabiat. haha !






SEM 6 : semasa sambutan NURSE'S DAY pada 12 Mei 2011





.End.Of.Story.









Tuesday, December 13, 2011

~ lembaga dah datang ! ~

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 12/13/2011 05:49:00 PM 0 report


 


esok aku akan berjumpa dengan LEMBAGA. haaa, berani tak aku?? berani sangat-sangat kan. heh ! by the way, bukan aku sorang jer yang akan berhadapan dengan lembaga tu esok. kat kolej aku je dah 112 orang akan berhadapan dengan lembaga tersebut. kat kolej jururawat yang lain tak tau berapa ramai lagi yang akan berdepan dengan lembaga esok. hoi, ngeri wooo !


nak tau aku akan jumpa dengan lembaga ape?? meh tengok meh :

:
:
:
:
:
:
:
:
:




so, kepada semua budak-budak group 1/2009 kolej kejururawatan kubang kerian, best of luck untuk kamu-kamu semua.




.End.Of.Story.






Saturday, December 10, 2011

~ pendatang baru ~

nerze on duty ♥ Yu HaHn ♥ at 12/10/2011 12:45:00 AM 0 report
entry khas untuk member aku yang sorang nih ;)




selamat datang ke dunia blogging.
jujum terjah belog beliau ramai-ramai ^_^

klik SINI


.End.Of.Story.






SAYA TAK COMEL, TAPI SAYA CUN.. RAJIN-RAJIN LAH MAI BLOG NI.. OKE, SAYA FAIL BERPANTUN ^__^
 

Love.Pray.Remember Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review